Dah cuba banyak produk kecantikan? Tapi kulit masih tidak seperti yang diidam-idamkan?
Ini mungkin kulit tak serasi dengan pencuci muka. Itulah yang selalu kita jawab dalam hati (untuk menyedapkan hati).
Bila saja tengok cermin, huh!!!! Bencinya!!! Ada jerawat baru tumbuh walaupun jerawat lama ada parutnya lagi. Bila ni nak dapat kulit licin berseri??? Tertekan!!!!
Semenjak saya masuk umur 20 an, memang inilah masalah saya. Sampai dah malas nak belek-belek muka. Keyakinan dalam diri pun dah mula pudar. Dari semester 2 saya berada di Universiti sampailah saya semester 5, muka asyik ada ja jerawat. Bukan jerawat biasa. Jerawat yang besar dan berisi pula!!!
Sampailah saya semester 6, saya dah tidak mahu sentuh pencuci muka yang ada di pasaran. Datanglah siapa-siapa yang syorkan itu ini, saya dah nekad tak nak guna pencuci muka di pasaran. Dan saya nekad mahu menggunakan cara tradisional.
Setiap pagi, saya mesti kembangkan teh sebab nak buat pencuci muka. Dari awal sem dan sekarang sudah berada di hujung sem (kami semua sedang bertungkus lumus study untuk final exam sekarang). Sekarang, parut-parut jerawat saya sudah menghilangkan diri. Hehehehehehehee!!!! Memang puas hati yang teramat! Setelah sekian lama saya tidak melihat wajah yang licin tanpa jerawat dan parut-parutnya..
Di sini saya ingin berkongsi petua-petua yang saya amalkan untuk kecantikan diri. Bagi mereka yang tidak suka cara tradisional, tak usahlah membelinya. Saya khaskannya untuk mereka yang sudah bosan menggunakan cara moden.
Jadi dapatkan CANTIK DARI RUMAH sekarang!




mudahnya petua 2….teringin nk cubalah,tp rendam dengan air panas ke air sejuk?…….cara awak paling menjimatkan…
nice blog, good luck on your online business.
sy setuju dgn petua ni… slain mjadi pncuci muka.. uncang teh blh melembut kan tapak tangan..
Ye ke nak try lah bye!!!
klau mcm 2 sy pn nk cbe lah!!!
wah….menarik!!! suat y simple…n mdh d perolehi……
hehe, memang betul tu, saya setuju, kulit muka bkn je rasa segar dan lembut, malah lebih bermaya dan jerawat pun takut nak tumbuh..!! tak percaya cubala…
kalau nak best lagi, rendam bnyk sket serbuk teh tu, then leh wat scrub kat seluruh badan lak..mudah dan murah